Tuesday, June 30, 2015

Litar Pintas - kediaman rumah anda.

Litar pintas:
membenarkan arus elektrik mengalir sepanjang laluan yang lain daripada yang sepatutnya di dalam sesuatu litar elektrik. Lawan bagi litar pintas ialah litar terbuka, iaitu keadaan di mana rintangan di dalam litar elektrik adalah tidak terhingga. Adalah lazim bagi kita menjadi terkeliru dengan menggunakan istilah "litar pintas" bagi merujuk kepada mana-mana kerosakan elektrik tidak kira apa jua punca sebenarnya.

Definisi:
Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan kerosakan litar, lampau panas, kebakaran atau letupan. Walaupun sebahagian besar kes litar pintas berlaku akibat kegagalan litar, ada juga kes di mana kejadian litar pintas adalah disengajakan.
Di dalam analisis litar, istilah litar pintas digunakan bagi merujuk kepada sambungan berimpedans sifar di antara dua titik. Keadaan ini memaksa kedua-dua titik tersebut untuk berada pada voltan yang sama. Di dalam kes litar pintas unggul, ia bermaksud langsung tiada rintangan di dalam litar serta tiada jatuhan voltan sepanjang pintasan litar. Di dalam analisis litar ringkas, wayar elektrik itu sendiri adalah pemintas litar. Di dalam keadaan sebenar, kesan yang terhasil adalah sambungan dengan impedans menghampiri sifar, serta hampir tiada rintangan. Dalam kes tersebut, arus elektrik yang ditarik hanya dihadkan oleh baki litar elektrik tersebut.

Kerosakan:
Kerosakan akibat litar pintas boleh dikurangkan atau dielakkan dengan memasang fiuspemutus litar, atau peranti perlindungan lebihan arus yang lain, yang memutuskan bekalan kuasa apabila lebihan arus dikesan. Alat perlindungan lampau beban mestilah dipilih menurut kepada arus litar pintas prospek maksimum di dalam litar. Misalnya, di rumah kediaman di Malaysia yang menggunakan sistem 240 volt, peralatan elektrik berkuasa elektrik seperti ketuhar dan pembersih hampagas biasanya menggunakan sekitar 8 hingga 13 ampere, maka peralatan tersebut dilindungi dengan memasang fius 13 ampere. Di dalam pendawaian sesebuah bangunan, tolok dawai adalah ditetapkan di dalam peraturan elektrikal pembinaan, maka tolok dawai yang betul mesti dipilih sesuai dengan tahap kegunaan elektrik bagi memastikan pengendalian elektrik yang selamat sekaligus melindungi pengguna daripada bahaya litar pintas.
Perlindungan daripada litar pintas.
Litar pintas bermaksud persentuhan antara fasa dengan fasa  atau antara fasa dengan nutral.
Jika sesuatu radas mudahalih yang dipasang kepada system pepasangan elektrik mengalami litar pintas , fius  bagi litar radas sepatutnya terputus.
Litar pintas menyebabkan arus lebih meningkat berkali-kali ganda  dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,boleh menyebabkan kabel panas dan kebakaran boleh berlaku.

Mengira arus litar pintas:
Jika semasa berlaku litar pintas,rintangan dalam litar hanya 0.2W , dimana bekalan diberi 240V,kira berapa kenaikan arus dalam litar.
        V                       240V     
I = ____      =          ______     =      1,200 Ampiar.

         R                       0.2W     

Cara mengesan litar pintas:
1-Tanggalkan pengalir fasa dan nutral dari punca sambungan yang dicurigai dipapan fius agihan.
2-Matikan semua suis dalam litar.
3-Tanggalkan semua beban
4-Jalankan ujian rintangan penebatan
5-Sambungkan prod penguji  diantara pengalir fasa dan nutral/bumi didalam papan fius agihan.
6-ON suis satu persatu sehingga bacaan jangka menunjukkan bacaan rendah atau sifar(0) yang menunjukkan punca terjadinya litar pintas

PANDUAN BISNESS HOMESTAY

Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup suk...