ELEKTRIK
Apa itu elektrik? ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagaikeelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.
Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.
![]() |
Gambarajah 1: Papan Agihan (Distribution Board - DB) Bekalan Elektrik 1 Fasa (Single Phase).
Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada
rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.
RCD (Residual Current Device)
Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.
MCB (Miniature Circuit Breaker)Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
· 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
Untuk mengetahui cara membaca sistem pendawaian satu fasa di rumah, Sila lihat contoh litar diagram dibawah.
Gambarajah 2:
Contoh Litar skematik diagram 1 fasa.
Kami menyediakan perkhidmatan Pendawaian Elektrik dan membaikpulih kerosakan elektrik untuk kediaman anda di sekitar Banting, Jejarom, Telok Panglima Garang Selangor, Klang & Shah Alam.
Sila Hubungi Kami:
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan masalah elektrik kediaman anda.
Call / Whatsapp: 012-3228410
e-mail: sazli.rahim@gmail.com
No comments:
Post a Comment