Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.
Gambarajah 1 di bawah menunjukkan contoh kipas syiling di rumah anda manakala Gambarajah 2 menunjukkan contoh kapasitor pada kipas siling.
Gambarajah 1. Kipas syiling
Gambarajah 2. Contoh Kapasitor
Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 1.5uF - 2.5uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.
Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.
Gambarajah 3. contoh kedudukan Kapasitor pada kiapas syiling
Gambarajah 4. contoh kapasitor pada kipas Kawalan Jauh.
Sila rujuk dibawah untuk melihat litar diagram kipas.
Gambarajah 5. contoh litar diagram kipas dinding.
Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) . Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.
Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN, oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban (tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).
Kedudukan wayar neutral dan live tidak mempengaruhi arah putaran kipas. Anda boleh sambung wayar COMMON pada live, wayar START dan RUNNING pada neutral, tiada masalah.
Sebarang Pertanyaan mengenai masalah Elektrik rumah anda, sila hubungi. SUHA MAJUJAYA ENTERPRISE (003305649-D) Whassap: http://www.wasap.my/60123228410
No comments:
Post a Comment