Sunday, November 29, 2020
KESELAMATAN ELEKTRIK
Tenaga elektrik adalah keperluan asas yang penting dalam kehidupan kita seharian.
Kita sedia maklum tenaga elektrik tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan
bahaya yang bakal menimpa adalah tidak dapat dikesan dengan segera.
Perangkaan kemalangan menunjukkan setiap tahun banyak kemalangan elektrik berlaku
di rumah-rumah di Malaysia yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan malah kematian.
Kebanyakan kemalangan yang berlaku boleh dielakkan jika langkah keselamatan asas dipatuhi ketika
menggunakan tenaga elektrik di rumah.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ASAS ELEKTRIK.
1. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja
boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan
dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan.
Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah:
a) Cara berpakaian.
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
b) Sikap.
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
c) Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
2. Keselamatan Peralatan.
Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan
ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu diperhatikan adalah:
- Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat yang baik dan sempurna.
· Penggunaan alat pematerian (soldering iron)
- Gunakan julat yang betul
- Pastikan kekutuban yang betul semasa kerja pengujian dijalankan.
Friday, November 27, 2020
PERKIHDMATAN BAIKPULIH PENDAWAIAN DAN PEMASANGAN ELEKTRIK RUMAH
1. BAIKPULIH DAN PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRIK:
- Semua jenis Papan Agihan (DB Box), MCB, RCCB
- Semua Jenis Lampu LED
- Semua Jenis Kipas Syiling dan Dinding.
- Semua jenis Suis dan Socket.
MCB
RCCB
KDK Ceiling Fan
LED Down Light
LED Surface Light
Suis Dan Socket
Kami menyediakan perkhidmatan lawatan kerumah anda untuk membaik pulih kerosakan elekrtrik
dan menyelesaikan masalah seperti litar pintas, ELCB/RCCB terpelantik (tripped), kerosakan lampu
dan kipas serta berkaitan pendawaian dan peralatan elektrik.
Kawasan/ Lokasi:
Telok Panglima Garang, Jejarom, Sijangkang, Jalan Kebun, Johan Setia,
Bandar Rimbayu, Klang, Shah Alam dan kawasan persekitaran.
Sebarang Pertanyaan mengenai masalah Elektrik rumah anda, sila hubungi.
SUHA MAJUJAYA ENTERPRISE (003305649-D)
Whassap:
http://www.wasap.my/60123228410
Subscribe to:
Posts (Atom)
PANDUAN BISNESS HOMESTAY
Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup suk...

-
ELEKTRIK Apa itu elektrik? ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik . Be...
-
1. BAIKPULIH DAN PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRIK: - Semua jenis Papan Agihan (DB Box), MCB, RCCB - Semua Jenis Lampu LED - Semua Jenis Kipas S...