Friday, February 12, 2021

PANDUAN BISNESS HOMESTAY

Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup sukar untuk dapatkan penyewa, walaupun hanya untuk satu malam dalam sebulan. Orang yang baru nak mulakan perniagaan homestay, mungkin terdapat beberapa perkara yang mereka akan terlepas pandang Kita kena fikir tentang macam mana nak dapatkan tetamu. Kita kena fikir bab pemasaran. kita kena fikir tentang keselesaan. Kita kena fikir aspek kewangan.
1. Pemilihan lokasi homestay. Seperti kebanyakkan perniagaan yang ada di negara kita, faktor pemilihan lokasi adalah faktor yang SANGAT PENTING. Kita mahukan pelanggan kita keluar dari zon selesa mereka dan luangkan masa mereka untuk datang ke tempat kita. Homestay kita WAJIB berada di kawasan yang STRATEGIK. Lokasi tersebut merupakan kawasan tumpuan orang ramai, sama ada tempat itu mesti akan dikunjungi oleh ramai orang setiap minggu atau setiap kali musim cuti, atau setidak-tidaknya setiap kali berlaku peristiwa tertentu.
2. Reputasi yang boleh dimanfaatkan. Apakah reputasi tempat tersebut yang anda boleh manfaatkan, CONTOH. a) Kawasan tarikan pelancongan. b) Kawasan tumpuan perniagaan. c) Kawasan institusi pendidikan. 3. Sasaran pelanggan atau target market. Pemasaran kategori offline ini, hanya akan dapat dilihat oleh mereka yang berada disekitar anda sahaja. Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan, sudah tentu anda perlu lakukan pemasaran secara online. Gunakan media sosial. Gunakan laman web, blog dan sebagainya, untuk mendapatkan pelanggan yang ingin menginap di homestay milik anda. Wujudkan akaun khas untuk tujuan promosi bisnes homestay anda.Bina laman web untuk perniagaan homestay. Atau buat blog khusus untuk promosikan bisnes homestay anda. 4. Hiasan dalaman dan konsep homestay Apabila terdapat terlalu banyak pilihan homestay mahupun tempat penginapan dikawasan tertentu, bagaimana agaknya cara bakal pelanggan buat keputusan? Pilihan homestay atau tempat penginapan yang paling cantik dan unik seperti minimalis.
5. Hiasan luaran menampilkan keunikkan homestay. Mempunyai mini kolam renang untuk tarikan kanak2 dan play ground tempat kanak-kanak dan keluarga beriadah.
6. Susun atur perabot dan perkakasan dalam kediaman. 7. Kelengkapan yang disediakan untuk tetamu yang menginap. 8. Homestay anda “work friendly“ Biasanya, homestay yang work friendly ini ada sediakan, WIFI, Meja dan kerusi untuk buat kerja dan Aircond setiap bilik.
9. Homestay anda sesuai untuk acara dan sambutan tertentu. Pihak keluarga pengantin sewa homestay dan buat majlis di homestay tersebut. Syarikat produksi bagi tujuan penggambaran drama. 10. Proses dan prosedur untuk daftar masuk (check in/ out) Dengan menetapkan masa untuk daftar masuk adalah sekitar jam 1.00 tengahari ke 4.00 petang dan standard check out masih tetap jam 12.00 tengahari. Ataupun cara yang lebih bagus lagi ialah gunakan mangga kunci bernombor. Setiap kali dapat tetamu, tukar nombor kunci tersebut. 11. Faktor barisan hadapan dan penyambut tetamu. Ini sangat PENTING. Kali pertama bakal pelanggan hubungi anda, sama ada melalui whatsapp, FB messaging, dan sebarang medium komunikasi, apakah dia kata-kata aluan yang digunakan bagi menghargai bakal pelanggan tersebut. Apa yang penting, bila orang tanya, balas dengan cepat dan mesra. Pelanggan ini, ada ketikanya dia ingin rasa seperti dihargai

Tuesday, January 26, 2021

RUMAH SEWA BERKEMBAR DI CHERATING PAHANG

Rumah sewa berkembar ini telah mula di bina pada bulan November 2019.
Pembinaan rumah sewa berkembar ini telah berjaya di siapkan pada bulan September 2020.
Pada bulan Oktober 2020, rumah ini telah menerima penyewa pertama dengan kos sewaan mampu milik. sasaran penyewa adalah golongan muda yang baru berumah tangga dan berkeluarga kecil.
Rumah ini di bina di atas tanah lot berkeluasan 66 x 82 kaki (5412 kaki persegi) status kategori tanah adalah bangunan yang terletak di mukim sungai karang, Cherating, Kuantan. Harga pasaran Tanah semasa tahun 2018 adalah RM 90 Ribu satu Lot.
Rumah ini di bina dengan plan tapak dan struktur bumbung di reka cipta sendiri oleh pemilik iaitu En. Sazli dengan idea yang menampakkan rumah seakan mini Banglo. Keluasan setiap unit adalah 20x30 kaki dengan mempuyai carporch, ruang tamu, 2 bilik tidur, 1 dapur, 1 bilik mandi dan 1 bilik tandas.
Ini adalah projek dan pengalaman pertama beliau menbina rumah, Alhamdulillah telah berjaya disiapkan dengan Kos sekitar RM 150 Ribu. Ia nya dibina secara upah RM 18 sekaki persegi dimana barang barang binaan, pemohonan air dan Elektrik telah diuruskan oleh pemilik rumah sendiri. In Sya Allah, Jika ada rezeki, projek akan datang ialah Homestay tepi pantai. Lokasi? tunggu Blog seterusnya.

Sunday, November 29, 2020

KESELAMATAN ELEKTRIK

Tenaga elektrik adalah keperluan asas yang penting dalam kehidupan kita seharian. Kita sedia maklum tenaga elektrik tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bahaya yang bakal menimpa adalah tidak dapat dikesan dengan segera. Perangkaan kemalangan menunjukkan setiap tahun banyak kemalangan elektrik berlaku di rumah-rumah di Malaysia yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan malah kematian. Kebanyakan kemalangan yang berlaku boleh dielakkan jika langkah keselamatan asas dipatuhi ketika menggunakan tenaga elektrik di rumah.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ASAS ELEKTRIK. 1. Keselamatan diri Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah:
a) Cara berpakaian. - Memakai pakaian bengkel - Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah - Tidak memakai barang kemas - Tidak memakai tali leher
b) Sikap. - Sentiasa mematuhi arahan - Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja - Melaporkan sebarang kerosakan - Menggunakan alat yang betul - Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan c) Fizikal - Sihat - Tidak rabun warna - Jelas penglihatan
2. Keselamatan Peralatan. Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu diperhatikan adalah:
- Penebatan - Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat yang baik dan sempurna. · Penggunaan alat pematerian (soldering iron) - Gunakan julat yang betul - Pastikan kekutuban yang betul semasa kerja pengujian dijalankan.

Friday, November 27, 2020

PERKIHDMATAN BAIKPULIH PENDAWAIAN DAN PEMASANGAN ELEKTRIK RUMAH

1. BAIKPULIH DAN PEMASANGAN PERALATAN ELEKTRIK: - Semua jenis Papan Agihan (DB Box), MCB, RCCB - Semua Jenis Lampu LED - Semua Jenis Kipas Syiling dan Dinding. - Semua jenis Suis dan Socket.
MCB
RCCB
KDK Ceiling Fan
LED Down Light
LED Surface Light
Suis Dan Socket
Kami menyediakan perkhidmatan lawatan kerumah anda untuk membaik pulih kerosakan elekrtrik dan menyelesaikan masalah seperti litar pintas, ELCB/RCCB terpelantik (tripped), kerosakan lampu dan kipas serta berkaitan pendawaian dan peralatan elektrik. Kawasan/ Lokasi: Telok Panglima Garang, Jejarom, Sijangkang, Jalan Kebun, Johan Setia, Bandar Rimbayu, Klang, Shah Alam dan kawasan persekitaran.
Sebarang Pertanyaan mengenai masalah Elektrik rumah anda, sila hubungi. SUHA MAJUJAYA ENTERPRISE (003305649-D) Whassap: http://www.wasap.my/60123228410

Wednesday, February 20, 2019

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 2019

Perkhidmatan PENDAWAIAN / WIRING bagi rumah kediaman sahaja :-

1.Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.
- Harga pendawaian lampu 1.5 mm = RM 70 - RM 100
- Harga pendawaian kipas 1.5 mm termasuk hook= RM 80 - RM120
- Harga pendawaian soket plug 2.5 mm =RM 85 - RM 120
- Harga pendawaian aircond 2.5/ 4.0 mm =RM 150 - RM 250
- Harga pendawaian water heater 2.5/ 4.0 mm =RM 150 - RM 250
Note Harga pendawaian di atas akan boleh dikurangkan harga, bergantung kepada jumlah pendawaian.

2. Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):
- Untuk sebut harga, boleh hubungi kami.
Note Harga pendawaian di atas akan bertambah jika jarak terlalu panjang dan laluan pendawaian terlalu sukar

3. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
- RM 500 - Rm 1000 (Ikut Panjang Armoured Cable)

4. Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit 
- RM 300 - RM 500( Bergantung pada panjang)

5. Harga pendawaian Door Bell = RM 200 - RM 250

6. Network cabling 1 Point = RM 250 - RM 300

7. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan 
penyediaan tapak rod 
= RM 150/lot - Rm 250/lot

8. Pemasangan DB (Switch Board)
- Single phase 8 way hingga 20 way termasuk barang RM 400 - RM 600
- Single phase atas 20 way termasuk barang RM 550 - RM 850
- Three phase untuk rumah termasuk barang RM 850 - RM 1500 
*Untuk metalclad DB tambah RM 200 - RM 300

9  .UPAH PASANG SAHAJA
- Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM 10 - RM15
- Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 20 - RM 25
- Pasang Semua Jenis Lampu Downlight termasuk tebuk = RM 18 - RM 30
- Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM35 - RM 50
- Pasang Kipas 3 bilah biasa = RM 35
- Pasang Kipas hiasan (4 bilah ke atas) = RM 45 - RM 55

Note Harga pemasangan di atas akan boleh dikurangkan harga bergantung kepada jumlah pemasangan.

Tuesday, June 30, 2015

Litar Pintas - kediaman rumah anda.

Litar pintas:
membenarkan arus elektrik mengalir sepanjang laluan yang lain daripada yang sepatutnya di dalam sesuatu litar elektrik. Lawan bagi litar pintas ialah litar terbuka, iaitu keadaan di mana rintangan di dalam litar elektrik adalah tidak terhingga. Adalah lazim bagi kita menjadi terkeliru dengan menggunakan istilah "litar pintas" bagi merujuk kepada mana-mana kerosakan elektrik tidak kira apa jua punca sebenarnya.

Definisi:
Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara dua titik yang berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara tidak sengaja. Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan kerosakan litar, lampau panas, kebakaran atau letupan. Walaupun sebahagian besar kes litar pintas berlaku akibat kegagalan litar, ada juga kes di mana kejadian litar pintas adalah disengajakan.
Di dalam analisis litar, istilah litar pintas digunakan bagi merujuk kepada sambungan berimpedans sifar di antara dua titik. Keadaan ini memaksa kedua-dua titik tersebut untuk berada pada voltan yang sama. Di dalam kes litar pintas unggul, ia bermaksud langsung tiada rintangan di dalam litar serta tiada jatuhan voltan sepanjang pintasan litar. Di dalam analisis litar ringkas, wayar elektrik itu sendiri adalah pemintas litar. Di dalam keadaan sebenar, kesan yang terhasil adalah sambungan dengan impedans menghampiri sifar, serta hampir tiada rintangan. Dalam kes tersebut, arus elektrik yang ditarik hanya dihadkan oleh baki litar elektrik tersebut.

Kerosakan:
Kerosakan akibat litar pintas boleh dikurangkan atau dielakkan dengan memasang fiuspemutus litar, atau peranti perlindungan lebihan arus yang lain, yang memutuskan bekalan kuasa apabila lebihan arus dikesan. Alat perlindungan lampau beban mestilah dipilih menurut kepada arus litar pintas prospek maksimum di dalam litar. Misalnya, di rumah kediaman di Malaysia yang menggunakan sistem 240 volt, peralatan elektrik berkuasa elektrik seperti ketuhar dan pembersih hampagas biasanya menggunakan sekitar 8 hingga 13 ampere, maka peralatan tersebut dilindungi dengan memasang fius 13 ampere. Di dalam pendawaian sesebuah bangunan, tolok dawai adalah ditetapkan di dalam peraturan elektrikal pembinaan, maka tolok dawai yang betul mesti dipilih sesuai dengan tahap kegunaan elektrik bagi memastikan pengendalian elektrik yang selamat sekaligus melindungi pengguna daripada bahaya litar pintas.
Perlindungan daripada litar pintas.
Litar pintas bermaksud persentuhan antara fasa dengan fasa  atau antara fasa dengan nutral.
Jika sesuatu radas mudahalih yang dipasang kepada system pepasangan elektrik mengalami litar pintas , fius  bagi litar radas sepatutnya terputus.
Litar pintas menyebabkan arus lebih meningkat berkali-kali ganda  dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,boleh menyebabkan kabel panas dan kebakaran boleh berlaku.

Mengira arus litar pintas:
Jika semasa berlaku litar pintas,rintangan dalam litar hanya 0.2W , dimana bekalan diberi 240V,kira berapa kenaikan arus dalam litar.
        V                       240V     
I = ____      =          ______     =      1,200 Ampiar.

         R                       0.2W     

Cara mengesan litar pintas:
1-Tanggalkan pengalir fasa dan nutral dari punca sambungan yang dicurigai dipapan fius agihan.
2-Matikan semua suis dalam litar.
3-Tanggalkan semua beban
4-Jalankan ujian rintangan penebatan
5-Sambungkan prod penguji  diantara pengalir fasa dan nutral/bumi didalam papan fius agihan.
6-ON suis satu persatu sehingga bacaan jangka menunjukkan bacaan rendah atau sifar(0) yang menunjukkan punca terjadinya litar pintas

Thursday, December 18, 2014

Ustaz Yo Kmn - Kain Kafan Akhirnya

Keinsafan diri....mahu tak mahu kite akan hadapi jua...moga kite dirahmati Allah swt. Amin..

Thursday, October 23, 2014

Hubungi Kami

Kami menyediakan perkhidmatan lawatan kerumah anda untuk membaik pulih kerosakan elekrtrik dan menyelesaikan masalah seperti litar pintas, ELCB/RCCB terpelantik (tripped), kerosakan lampu dan kipas serta berkaitan pendawaian elektrik.

Sebarang Pertanyaan mengenai masalah Elektrik rumah anda, sila hubungi.
SUHA MAJUJAYA ENTERPRISE (003305649-D)
Handphone sms/ whatsaap: http://www.wasap.my/60123228410
E-mail: sazli.rahim@gmail.com
















Kawasan/ Lokasi:
Banting, Jejarom, Telok Panglima Garang, Klang, Jalan Kebun, Bukit Kemuning, Kota Kemuning, 
Bandar Rimbayu & Shah Alam. 

Sunday, September 21, 2014

Kipas angin semakin perlahan.

Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku? Adakah ia boleh dibaiki? 

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. 
Gambarajah 1 di bawah menunjukkan contoh kipas syiling di rumah anda manakala Gambarajah 2 menunjukkan contoh kapasitor pada kipas siling.




Gambarajah 1. Kipas syiling



Gambarajah 2. Contoh Kapasitor

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 1.5uF - 2.5uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. 

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.


Gambarajah 3. contoh kedudukan Kapasitor pada kiapas syiling


Gambarajah 4. contoh kapasitor pada kipas Kawalan Jauh.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas atau hubungi Jurueletrik yang bertauliah, Ini adalah untuk keselamatan nyawa anda.

Sila rujuk dibawah untuk melihat litar diagram kipas.



Gambarajah 5. contoh litar diagram kipas dinding.

Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) . Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.

Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN, oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban (tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).

Kedudukan wayar neutral dan live tidak mempengaruhi arah putaran kipas. Anda boleh sambung wayar COMMON pada live, wayar START dan RUNNING pada neutral, tiada masalah.

Sebarang Pertanyaan mengenai masalah Elektrik rumah anda, sila hubungi. SUHA MAJUJAYA ENTERPRISE (003305649-D) Whassap: http://www.wasap.my/60123228410

Thursday, September 11, 2014

Asas Elektrik

ELEKTRIK
Apa itu elektrik? ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagaikeelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilatmedan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.





Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.

Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.

Papan Agihan (DB) Bekalan Elektrik Kediaman















Gambarajah 1: Papan Agihan (Distribution Board - DB) Bekalan Elektrik 1 Fasa (Single Phase).

Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.

RCD (Residual Current Device)
Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA. 

MCB (Miniature Circuit Breaker)Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
·                6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
·               20A (untuk pendawaian soket plug)
·              32A  (untuk pendawaian soket plug melebihi daripada 1 unit - rujuk peraturan elektrik)

Untuk mengetahui cara membaca sistem pendawaian satu fasa di rumah, Sila lihat contoh litar diagram dibawah.



Gambarajah 2:
Contoh Litar skematik diagram 1 fasa.

Kami menyediakan perkhidmatan Pendawaian Elektrik dan membaikpulih kerosakan elektrik untuk kediaman anda di sekitar Banting, Jejarom, Telok Panglima Garang Selangor, Klang & Shah Alam.

Sila Hubungi Kami:  

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan masalah elektrik kediaman anda.

Call / Whatsapp: 012-3228410
e-mail: sazli.rahim@gmail.com











PANDUAN BISNESS HOMESTAY

Kenapa ada pengusaha bisnes homestay, yang berjaya dapat tempahan penuh setiap bulan, dan pada masa yang sama, ada pengusaha yang cukup suk...